English version

KRYSS Network condemns the online gender-based violence and harassment directed at participants/speakers of “Parlimen Digital” and call for the Malaysian government to take the necessary measures to defend the rights to public and political participation equally for all, and especially for women and girls.

KRYSS Network was impressed with the participation of young people in “Parlimen Digital”, an event organised by Undi18, Challenger Malaysia and Liga Rakyat Demokratik, on 4th and 5th July. The event showed that there were many issues that young people felt that were not being adequately addressed by the Malaysian government. They had every right to raise these issues, a right to expression protected under Article 10 of the Federal Constitution. However, some members of the audience mocked and ridiculed these participants/speakers questioning their “legitimacy”. Yet, the event organisers had already explained that the event was to show that it was technically feasible for Parliamentary proceedings to be held online, even during the Movement Control Order, and that orderly and productive debates on issues important to the rakyat could still be held.

KRYSS Network observed that the online gender-based violence and harassment was largely directed at the female “Yang Berkhidmat” speakers, including the speakers representing Selayang and Labis, and these attacks remained persistent long after the event. The speakers faced various forms of online gender-based violence, including mob attacks, sexual harassment, threats of physical violence and racist comments.

Online gender-based violence is not a new phenomenon but a very real extension of gender- based violence and the negative effects can be as severe. It is rooted in the larger issues of gender inequalities, sexism and misogyny that hinder the progress of our nation. Digital technologies have rendered the manifestation of gender-based violence quicker, wider and more intense in its amplification and volume. Female politicians and journalists, women’s rights activists, feminists, female lawyers, and even female artistes, have all been targets of online gender-based violence. The fact is women and girls, in all their diversity, face a disproportionate backlash for their public and political participation, online or offline. Just on Monday, in Parliament, a racist, colourist and sexist remark was made by Baling MP, YB Abdul Azeez Abdul Rahim against Batu Kawan MP, YB Kasthuri Patto.

Having researched, monitored and documented online gender-based violence, KRYSS Network has found that the perpetrators, much like those who make sexist and misogynist

remarks in physical settings, have always paid little to zero attention to the issues the women raised, and are deliberately designed to undermine the validity of their public and political participation.

CEDAW noted in its General Recommendation No. 35 that technology is a factor in gender- based violence affecting women. The UN Special Rapporteur on Violence Against Women has recognised that the interaction between technology and women’s human rights standards is marked by the recognition of the principle that human rights protected offline should also be protected online.

We urge the government to take the threats to women’s public and political participation seriously. We especially urge the government to set up an inter-ministerial task force to which female victims could directly report incidents of online gender-based violence and harassment. Public education programmes on gender equality and the right to public and political participation by the Ministry of Communication and Multimedia would help reshape negative attitudes towards women’s public and political participation. We also urge the Ministry of Education to introduce human rights education and gender studies to improve the understanding and appreciation for women’s public and political participation, and gender equality in general.

For more information, please contact: KRYSS Network
E-mail: info@kryss.network

Versi Bahasa Malaysia

Kerajaan Malaysia Harus Mempertahankan Hak-Hak Wanita dalam Penyertaan Awam dan Politik

KRYSS Network mengutuk keganasan dan gangguan berdasarkan gender dalam talian yang telah ditujukan kepada para peserta Parlimen Digital dan menyeru agar kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah serius untuk mempertahankan hak-hak penyertaan awam dan politik secara saksama untuk semua, terumatanya bagi para wanita dan gadis.

KRYSS Network berasa kagum dengan penyertaan para belia dalam “Parlimen Digital”, iaitu sebuah acara yang dianjurkan oleh Undi18, Challenger Malaysia dan Liga Rakyat Demokratik, pada 4 dan 5 Julai yang lalu. Banyak masalah yang dirasai oleh orang muda masa kini yang tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan Malaysia dipaparkan dalam acara tersebut. Para belia mempunyai hak untuk mengemukakan isu-isu ini dan mereka mempunyai hak bersuara yang dilindungi di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Namun, para peserta telah diperlekehkan oleh sebilangan penonton yang membangkitkan isu kelayakan mereka. Walaubagaimanapun, penganjur acara tersebut telah menjelaskan bahawa acara itu adalah untuk menunjukkan bahawa secara teknikal, prosiding Parlimen sebenarnya boleh diadakan secara dalam talian, bahkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, dan perbahasan yang teratur dan produktif tentang isu-isu penting bagi rakyat masih dapat dijalankan.

KRYSS Network mendapati bahawa keganasan dan gangguan berdasarkan gender dalam talian sebahagian besarnya telah ditujukan kepada peserta-peserta “Yang Berkhidmat” yang terdiri daripada golongan wanita, termasuk peserta-peserta yang mewakili daerah Selayang dan Labis. Serangan-serangan ini terus berlanjutan walaupun acara tersebut telah tamat. Para peserta telah menghadapi pelbagai bentuk keganasan berdasarkan gender dalam talian, termasuk serangan berkumpulan, gangguan seksual, ancaman-ancaman keganasan fizikal dan komen-komen berbaur perkauman.

Keganasan berdasarkan gender dalam talian bukanlah satu fenomena baru tetapi ia adalah lanjutan daripada keganasan berdasarkan gender dan kesan negatifnya boleh menjadi sangat teruk. Ia berakar umbi daripada isu-isu yang lebih besar seperti ketidaksaksamaan gender, seksisme dan prejudis terhadap wanita (misogyny) yang menghalang kemajuan negara kita. Teknologi digital telah menjadikan keganasan berdasarkan gender berkembang dengan lebih cepat, lebih meluas dan lebih serius. Para wanita seperti ahli politik, wartawan, aktivis hak wanita, feminis, peguam, dan juga artis, telah menjadi sasaran keganasan berdasarkan gender dalam talian. Hakikatnya adalah wanita dan gadis, dengan pelbagai latarbelakang, menghadapi reaksi negatif yang tidak seimbang terhadap penyertaan awam dan politik mereka, secara dalam talian ataupun tidak. Baru-baru ini, dalam Parlimen, ucapan berbaur perkauman, diskriminasi berdasarkan warna kulit (colourism) dan seksis telah dibuat oleh Ahli Parlimen Baling, YB Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan, YB Kasthuri Patto.

Setelah mengkaji, memantau dan mendokumentasikan keganasan berdasarkan gender dalam talian, KRYSS Network telah mendapati kebiasaanya para pelaku tersebut sama seperti mereka yang membuat kenyataan seksis dan prejudis di luar talian kurang, ataupun tidak memberikan perhatian langsung terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh golongan wanita, dan kelakuan pelaku-pelaku ini juga telah sengaja dirancang untuk memperkecilkan kepentingan penyertaan awam dan politik oleh golongan wanita.

Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) menyatakan dalam Rekomendasi Am No. 35 bahawa teknologi adalah satu faktor yang mengakibatkan keganasan berdasarkan gender terhadap wanita. Pelapor Khas PBB mengenai Keganasan Terhadap Wanita telah mengiktiraf bahawa hubungan antara teknologi dan piawaian hak asasi wanita ditandakan serupa dengan pengiktirafan prinsip bahawa hak asasi manusia yang dilindungi di luar talian juga harus dilindungi dalam talian.

Kami menggesa kerajaan agar memandang serius ancaman-ancaman terhadap penyertaan awam dan politik oleh golongan wanita dan kerajaan disarankan untuk menubuhkan satu jawatankuasa antara kementerian di mana mangsa-mangsa wanita dapat melaporkan secara langsung insiden-insiden keganasan dan gangguan berdasarkan gender dalam talian. Program-program pendidikan awam mengenai kesaksamaan gender dan hak penyertaan awam dan politik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat membantu membentuk semula sikap negatif terhadap penyertaan awam dan politik oleh golongan wanita. Kami juga menggesa agar Kementerian Pendidikan memperkenalkan pendidikan hak asasi manusia dan pengajian gender untuk meningkatkan kefahaman dan penghargaan terhadap penyertaan awam dan politik oleh golongan wanita, dan kesaksamaan gender secara umum.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: KRYSS Network
Emel: info@kryss.network